Malam tadi aku keluar minum
dengan kawan aku. Dia ni aku dah ceritakan sikit dalam entry sebelum ni “macam
mana nak buat”. Janji jumpa kat satu restoran ni tapi bila sampai kat restoran yang
dimaksudkan tu meja kosong tak ada. Penuh dengan customer. Kami pun bergerak la
ke restoran lain. Kawan aku ni baru balik dari maghrib kat surau agaknya sebab
pakai jubah bagai lagi. Datang naik kereta asing-asing tapi bila nak gerak ke
restoran lain kami naik satu kereta ajelah. Kereta aku la. Kat sinilah kisah
sadis ni bermula.
Bila masuk je kereta, aku start
enjin pas tu on la aircond. Tak lama kawan aku ni pun naik duk sebelah aku. Masuk je dia dalam kereta,
mak aii bau pakaian dia punyalah power. Aku nak buka tingkap dan off aircond
nanti dia kata apa pulak. Jadi aku maintain macho je lah walaupun nafas aku
mengah akibat tertahan-tahan. Aku pun sengetkan badan aku sambil memandu sambil
menyandar arah kanan. Kononnya nak jauhkan la sikit dari punca bau tu tapi
sebab bau tu power sangat memang adjust duduk macam mana pun ada bau jugak la.
Pewangi kereta aku pun dah kena godam dengan bau jubah kawan aku ni. Maksudnya
pewangi kereta aku kalah la berlawan dengan bau kawan aku ni hehe. Aku rasa dia
dah pakai jubah tu seminggu dua tapi langsung tak basuh. Ya ampunnnn apa punya
orang la mamat sekor ni. Tak jaga kebersihan langsung. Macam mana la agaknya
dia pi berjemaah kat surau dalam keadaan bau tengik macam tu. Makmum sebelah
dia sah la sembahyang tak khusyuk. Dia orang pun macam aku jugak agaknya
tahan-tahan nafas je sambil maintain macho.
Aku rasa la kan kalau macam tu lah keadaannya bau
pakaian dia baik la jangan pi berjemaah kat surau. Aku bukan nak menghina orang
yang bau busuk ni. Kalau badan berbau sebab hormon aktif atau berlebihan tak pa
jugak. Atau pun fakir miskin yang pakaian berbau yang tu aku boleh terima.
Orang-orang ni berbau tidak menyenangkan ada sebabnya. Tapi kalau kita yang
biasa-biasa ni pakai pakaian berbau tu tandanya malas. Malas basuh pakaian.
Dalam kata lain malas jaga kebersihan. Sedangkan agama kita amat menganjurkan
kebersihan luaran dan dalaman sebab tu ada mandi wajib dan mandi sunat. Lepas
tu pulak kalau hari jumaat disunatkan kita berhias diri dan memakai
wangi-wangian untuk ke masjid. Tujuannya apa. Tentulah salah satu tujuannya
memelihara keselesaan jemaah lain. Kalau kita berbau busuk pasti jemaah
berhampiran kita tidak selesa. Aku selalu kena macam ni bila hari jumaat.
Selalunya bau orang tak gosok gigi. Benda-benda macam ni sebenarnya common
sense. Boleh fikir sendiri. Sebaik-baiknya janganlah sampai orang tegur. Kalau
orang tegur kita jadi malu. Tapi itulah manusia, lagi tak ditegur lagi itulah
dia buat. Orang nak tegur pun sebenarnya serba salah tapi mengenangkan kawan
tegur jugak la.
Kawan aku ni pun memang aku niat
akan tegur dia pasal hal-hal macam ni. Aku rasalah dia ni tak perasan kot
pakaian dia ada bau. Mungkin sebab tak ada orang tegur. Tambahan pulak kawan
aku ni jenis kedekut. Baju koyak pun dia pakai lagi. Pakaian yang tak muat pun
dia sarung jugak. Jadilah macam nangka busuk. Terjojol la keluar bahagian perut
boroi. Tunggu masa je lah nanti. Bila aku rasa sesuai aku tegur la. Dia nak
dengar ke tak terpulanglah kepada dia. Sebelum ni pun kawan dia ada jugak
bagitahu aku pasal bau-bauan pakaian dia ni. Tapi dia orang segan nak tegur. Kali
ni biarlah aku yang tegur.
No comments:
Post a Comment