Aku ingatkan susah nak buat gambar HDR ni rupanya senang je. Gambar HDR memang cantik tapi sebenarnya aku tak berapa suka. Sebabnya pada pandangan aku gambar HDR ni menipu kerana gambar yang dihasilkan lebih cantik pemandangannya berbanding dengan suasana sebenar di lokasi gambar itu diambil. Tengoklah contoh gambar aku yang pertama di bawah ni bukan main lagi cantik tapi kalau anda pergi ke lokasi aku ambil gambar tu pasti anda akan kecewa kerana pemandangan sebenar tidak sama dengan pemandangan dalam gambar. Jom kita tengok gambar yang aku maksudkan tu.
pantai ni kat Port Dickson - HDR
Dan sekarang mari kita lihat gambar sebenar tempat tanpa gunakan teknik HDR. Lihatlah perbezaannya. Betul tak aku kata HDR ni menipu hehe...
apa macam kawan :)
Jadi anda dah tengok gambar yang asli dan HDR. Jauh bezanya dari segi dinamik warna dia. Sebab tu lah aku kata HDR ni menipu. Kalau setakat nak layan mata boleh la. Memang tak dinafikan cantik tapi pada aku yang pentingnya adalah realiti. Kalau anda tengok iklan pelancongan yang ada gambar air dan airnya pun membiru je jangan la terus percaya tempat tu sebiji macam dalam iklan dia orang tu. Mungkin juga dia orang guna teknik HDR untuk cantikkan gambar dia orang. Kat bawah ni ada beberapa gambar lagi yang aku dah jadikan gambar HDR. Ingat ye, pemandangan tu tipu aje, tak sama dengan pemandangan sebenar :).
Fraser Hill
Melaka
Putrajaya
Port Dickson
No comments:
Post a Comment