Malam minggu yang lepas aku lepaskan hajat pergi Taman Tasik Titiwangsa buat fotografi waktu malam. Dah lama aku nak uji skil aku snap gambar waktu malam dengan menggunakan teknik yang betul. Sebelum ni aku dah try snap gambar waktu malam di Putrajaya tapi aku tak gunakan tripod jadi banyak gambar yang underexpose dan blurr. Tu lah aku tak puas hati. Untuk kali ini aku memang bawa tripod dan aku memang dah plan nak melepak lama sikit. Siangnya aku dah pergi sekejap untuk tengok lokasi paling sesuai untuk aku shoot sebelah malamnya nanti. Dari pengamatan aku, lokasi ni memang cantik kalau ambil gambar malam hari. Pasti akan ada pantulan cahaya pada air tasik tu. Lagipun KLCC dan bangunan sekitarnya nampak jelas dari sini.
Semua gambar yang aku snap guna format jpeg. Tak berapa rajin nak guna RAW sebenarnya hehe. Lagipun aku tak berapa seronok nak mencantikkan gambar yang aku dah snap. Pada aku biarlah WYSIWUG iaitu "what you see is what you get". Jadi kalau orang yang pernah tengok gambar yang aku snap kemudian dia pergi ke tempat yang aku snap gambar tu maka dia akan dapat lihat sendiri pemandangan sama seperti apa yang ada dalam foto yang aku snap. Tapi kalau fotografi adalah kerjaya kita, maka kenalah jugak adjust gambar yang kita snap ikut keperluan semasa.
Aku ni masih baru sangat lagi dalam fotografi ni. Apa-apa pendapat aku yang salah silalah betulkan. Bolehlah menambah ilmu fotografi aku. Untuk fotografi waktu malam, suka atau tidak memang kena gunakan shutter speed yang slow. Aku mula-mula pegang kamera dulu ingatkan shutter speed ni kita boleh adjust ikut suka bila-bila masa kita nak. Kononnya nak bagi imej pegun pada waktu malam kena la gunakan shutter speed yang pantas. Sekali tu aku aku terjumpa la orang main live band. Macam konsert kecik gitu. Aku pun apa lagi ambil kamera nak snap gambar la. Dah nama pun live band ada la penyanyinya. Penyanyi tu kan menyanyi sambil joget. Kalau ikut pemahaman aku la, kalau nak matikan pergerakan subjek kita kenalah gunakan shutter speed yang laju. Bila aku cuba set shutter speed yang laju, meter pada kamera tunjukkan underexpose walaupun aku naikkan ISO. Last-last baru aku paham kalau nak berfoto pada waktu malam siapkan la tripod sebab biasanya kena guna shutter speed berkelajuan 1 saat atau lebih bergantung kepada keadaan cahaya di sekeliling. Kalau aku pegang kamera 1 saat sah la kamera tu bergoyang tak banyak sikit akibatnya gambar jadi blur.
Tapi ada masalah jugak kalau amik gambar subjek yang bergerak pada waktu malam dengan kelajuan shutter yang perlahan. Subjek akan jadi macam bebayang. Mula-mula aku pening jugaklah tapi lama-lama akuboleh faham cara untuk atasi masalah ini. Nak tau caranya kenalah banyak membaca. Guru aku pasal fotografi ni ialah internet. Carilah artikel pasal fotografi tak kira dalam bahasa Melayu, Indonesia atau Inggeris selagi boleh faham baca aje lah.
Okay aku ni dah melalut banyak. Meh lah sini aku tunjukkan gambar yang aku snap tu. Mula-mula korang tengok view KLCC dan sekitarnya pada waktu siang dulu ye lepas tu barulah kita terjah foto sebelah malam pulak. Kalau korang nak tengok gambar ni dalam saiz sebenar yang lebih besar dan jelas korang klik mouse yang sebelah kanan kemudian pilih "open link in new tab". Nanti akan keluar tab baru untuk gambar tu sahaja. Kalau korang nak gambar ni boleh la amik tapi korang bagilah kredit kat tuan tanah ye...hehe
istana budaya, perpustakaan negara, menara KL & KLCC
zoom 32mm
pantulan cahaya pada air tasik memang mengasyikkan
18mm - f7.1 - 5sec - ISO100 - step 0
55mm - f18 - 30sec - ISO 100 - step -1
Ada banyak gambar yang aku snap sebenarnya. Salah satu sebabnya ialah aku guna Auto Exposure Bracketing (AEB). Kalau guna AEB satu photo akan disnap tiga kali mengikut turutan normal, underexpose dan overexpose. Kalau tambah color bracketing pulak, tiap satu gambar akan disnap sembilan kali. Haha pening. Dulu mula-mula pegang DSLR memang aku pening tapi dengan banyak membaca aku jadi faham dan sekarang ni dah boleh apply benda-benda macam ni. Esok lusa aku ceritakan pulak cara yang aku guna untuk snap gambar waktu malam.
No comments:
Post a Comment